Thursday 8 October 2015

Belajar dan tidur

Assalammualaikum wtb dan salam 1 malaysia...

Apa khabar semua? Lama dah tak menjenguk blog aku ni... nasib baik tak bersawang lagi... ok.. hari ni aku nak cerita pasal tidur... tidur? Kenapa tidur? Entahlah. Tetiba aku teringat kenangan pasal tidur time zaman sekolah2 dulu... sebab tu aku nak cerita pasal tidur... nak tanya korang semua lah, korang pernah tak tidur time cikgu atau lecturer tengah mengajar kat depan? Bohong lah kalau tak pernah... kalau tak tidur pun tersengguk-sengguk mesti pernah kan? Aku? Hahaha... selalu sangat... sampaikan dapat gelaran sleeping beauty lagi dalam kelas... tapi diorang tak panggil sleeping beauty... diorang panggil sleeping semangat... hahaha... ada lah sebabnya dari mana datang nama semangat tu.. ok, berbalik tentang tidur tadi.. dulu sebelum aku pindah sekolah ke terengganu, aku tak ada pun masalah tidur dalam kelas... time aku sekolah kat kuantan, ok je aku dalam kelas.. segar je mata aku ni.. tapi, time kelas math kadang2 aku tidur jugak.. bukan aku tak suka math, terlebih suka sampaikan aku dah khatam 1 buku teks sebelum cikgu ajar... cikgu pun tak tahu nak bagi latihan apa kat aku sebabkan terlebih advancenya aku... lagipun cikgu math tu sayang kat aku... aku anak murid kesayangannya... sebab tu dia tak marah... untung kan??? Tapi bila aku pindah sekolah kat terengganu, makin menjadi2 tabiat tidur dalam kelas ni.. mungkin sebab aku tak biasa duk asrama kot sebab tu sistem badan tak dapat nak adapt... hahaha... aku ingat lagi ada sorang cikgu BI aku, dia ajar aku time aku form 5... aku memang suka tidur dalam kelas dia... suka sangat2... sampaikan dia pernah cakap kat aku camni 'ain,kalaulah kat dunia ni ada ubat anti-tidur, saya beli khas untuk awak.. free of charge lagi.. tak payah bayar' nampak yak betapa kroniknya tahap ngantuk aku sampaikan cikgu aku pun dah fed up.. hahaha... tapi alhamdulillah, walaupun aku selalu tidur dalam kelas, result aku tak terjejas... masih maintain dalam top 20 sekolah... alhamdulillah... time kat uni? Sama je... setiap subjek aku pasti tidur... kawan aku kejut pun tak jadi tau... aku dah cuba tahan supaya tak tidur but sama je... hahaha... mungkin dah memang kerja aku kot... hahaha

Thursday 17 September 2015

Assalammualaikum wtb

Lama dah tak update blog ni... bukan apa, sibuk dengan study sampai lupa yang ada blog yang patut diurusi(sibuklah sangat) 💀💀 lagipun sekarang ni pun dah nak dekat final exam... memang tak de makna lah nak uruskan benda alah ni... hahaha... so, kenapa tetiba hari nie aku menulis? Nie sebab housemate aku lah... housemate aku yang mendorong aku untuk menulis entri ni... kenapa dengan dia? Takdelah, semalam, kami duk berbual-bual kat ruang tamu sambil duk makan keropok... biasalah aktiviti kitorang time takde kerja... duk bergosip kat ruang tamu... time duk borak-borak tu, tetiba sorang housemate aku ni cakap 'cuba bayangkan time kita semua dah grade, dah kerja, time tu umur kita pun dah 25 tahun... time kita nak ambik gaji pertama, tetiba kita mati... seolah-olah kita hidup 25 tahun, kerja hanya untuk nak bayar pengurusan jenazah kita. Korang tak terfikir ke?' Bila aku dengar je dia cakap, terus aku terfikir, macam mana kalau time tu, banyak benda yang kita tak buat lagi? Nak bahagiakan parents, nak tunaikan impian diorang... macam mana kalau time tu, ada banyak dosa kita yang tak terampun lagi? Mavam mana kalau time tu sebenarnya kita tanpa sedar dah derhaka kat parents kita? Macam2 lah yang duk aku fikir... sampaikan sebelum tidur pun aku duk fikir lagi... cuba bayangkan korang semua... yalah, ajalkan datang tak mengenal waktu... bila-bila masa je kita akan mati... seram pula aku rasa bila aku duk fikir semua tu... korang pulak camne?

Thursday 16 April 2015

assalammualaikum dan hello semua!!!! Entah ada ke tak orang yang sudi tengok blog aku yang entah apa-apa ni... entah2 aku duk berangan sorang konon2 ada follower banyak... hahaha... biarlah... lagi senang aku nak citer pasal life aku... tengok, daripada formal jadi tak formal dah... hmm... sekarang aku tengah cuti semester... break sem kata orang... dapatlah cuti sebulan lebih... dalam 8 minggu cuti... kali ni aku nak citer pasal tempat kelahiran aku... Cuba teka kat mana aku lahir? Tau kan? tau kan? Semestinya kat kuantan pahang!!! Yeay!!!! Dah 19 tahun aku duduk kat kuantan ni... macam2 kenangan dah aku lakar kat sini.... banyak sangat.... ada yang manis dan ada yang pahit... semua itu membentuk buku kehidupan kita... citer bab2 kenangan ni aku citer lain kali lah ya... sebab sekarang aku nak citer pasal kuantan... kuantan ni ibu negeri pahang dan merupakan pusat pentadbiran pahang yang utama... kat sini ada macam2 tempat yang menarik untuk dikunjungi... ada teluk cempedak yang terkenal dengan keindahan pantainya, ada shopping complex yang menjadi tempat tumpuan warga kuantan, ada taman tema air yang menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, ada air terjun, hutan lipur, mini zoo, taman tasik, tempat menunggang kuda, muzium di raja dan banyak lagilah... kalau aku sebut semuanya mahu tak cukup satu page ni... kena dua tiga page baru cukup... hahaha... tentang pahang pula... pahang ni merupakan negeri ketiga terbesar di malaysia tau.. bangga aku jadi anak pahang... dengan mempunyai 9 daerah di dalamnya, terdapat banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.. tempat yang paling famous sekali ialah temerloh... sebut pasal temerloh, mesti diorang akan teringat keenakan ikan patin masak tempoyak... sedap dia sampai termimpi2 tau... hahaha.. Negeri pahang juga merupakan pintu utama untuk masuk ke taman negara... so, kalau nak pergi taman negara kena pergi pahang lah ya... selain taman negara, pahang juga mempunyai pusat pemeliharaan gajah yang terletak di kuala gandah, bentong... kat sini korang boleh merasai sendiri pengalaman menunggang gajah, membersihkan gajah, memberikan makanan dan banyak lagi lah... selain kuala gandah, jika korang nak merasa berada di tempat yang sejuk, korang boleh pergi ke cameron highland ataupun fraser hill... sejuknya mencecah sampai 4'c tau... punya lah sejuk... memang tak rugi lah kalau korang datang melancong di sini... serius... tak tipu... ok lah, kita sambung citer kat entri lain pula ya... bye2!!! 🙋🙋🙋

P/s: sepatutnya aku citer pasal life aku kat penang... tapi saja nak tukar angin... lain kalimlah ya aku citer pasal apa yang aku belajar... dada...