Thursday 2 October 2014

my life in uitm penang

hello!! sudah lama aku tidak menjenguk blog aku ini. maaflah, dengan jadual kelas yang agak padat ditambah pula dengan latihan tarian yang hampir setiap minggu membuatkan aku tiada masa untuk menulis dan meluahkan apa perasaanku walaupun satu minit. sekarang, aku sudah boleh menarik nafas lega kerana aku telah pun tamat menduduki peperiksaan akhir bagi semester ini. kali ini, aku ingin lari dari norma penulisanku. aku ingin bercerita tentang perjalanan hidupku di sini. ya, di uitm pulau pinang. selama ini aku asyik menulis cerpen tanpa kamu semua tahu akan perjalanan hidup seorang mahasiswi. kali ini, aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman aku sepanjang aku belajar di uitm pulau pinang bagi semester ini.

aku mula mendaftar di uitm pulau pinang pada 1.6.2014. mungkin ramai tertanya, mengapa pilih uitm? mengapa tidak universiti lain seperti ukm, um ataupun usm? sebenarnya, memang sengaja aku memilih uitm sebagai pilihanku kerana aku ingin mereka di luar sana tahu bahawa status universiti tidak menjaminkan kejayaan seseorang. aku mengambil kursus teknologi makmal perubatan, satu bidang yang ramai masyarakat tidak mengetahui. kehidupan di sini agak seronok memandangkan aku dapat merantau dari pahang ke pulau pnang ini. aku juga telah berjumpa dengan ramai kawan baru yang sama hobi, sama minat dan juga sama perangai. di sini, aku amat aktif dalam aktiviti kebudayaan iaitu tarian. ya, tarian. sebenarnya, pada awalnya aku ingin menceburi dalam bidang teater memandangkan aku merupakan ketua kelab teater di sekolah dulu tetapi atas desakam kawan aku dan juga perasaan ini mencuba sesuatu yang baru, aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam tarian. memang pasukan tarian kami sangat aktif kerana hampir setiap minggu kami akan melakukan persembahan untuk sesuatu acara mahupun majlis rasmi. kadang-kadang, kami akan memenuhi jemputan daripada pihak luar.


ini merupakan pasukan tarian kami dan gambar ini diambil selepas persembahan yang pertama untuk semester ini
ada abnyak lai cerita yang akan aku sambung dalam bahagian kedua. bye!