Thursday 17 September 2015

Assalammualaikum wtb

Lama dah tak update blog ni... bukan apa, sibuk dengan study sampai lupa yang ada blog yang patut diurusi(sibuklah sangat) 💀💀 lagipun sekarang ni pun dah nak dekat final exam... memang tak de makna lah nak uruskan benda alah ni... hahaha... so, kenapa tetiba hari nie aku menulis? Nie sebab housemate aku lah... housemate aku yang mendorong aku untuk menulis entri ni... kenapa dengan dia? Takdelah, semalam, kami duk berbual-bual kat ruang tamu sambil duk makan keropok... biasalah aktiviti kitorang time takde kerja... duk bergosip kat ruang tamu... time duk borak-borak tu, tetiba sorang housemate aku ni cakap 'cuba bayangkan time kita semua dah grade, dah kerja, time tu umur kita pun dah 25 tahun... time kita nak ambik gaji pertama, tetiba kita mati... seolah-olah kita hidup 25 tahun, kerja hanya untuk nak bayar pengurusan jenazah kita. Korang tak terfikir ke?' Bila aku dengar je dia cakap, terus aku terfikir, macam mana kalau time tu, banyak benda yang kita tak buat lagi? Nak bahagiakan parents, nak tunaikan impian diorang... macam mana kalau time tu, ada banyak dosa kita yang tak terampun lagi? Mavam mana kalau time tu sebenarnya kita tanpa sedar dah derhaka kat parents kita? Macam2 lah yang duk aku fikir... sampaikan sebelum tidur pun aku duk fikir lagi... cuba bayangkan korang semua... yalah, ajalkan datang tak mengenal waktu... bila-bila masa je kita akan mati... seram pula aku rasa bila aku duk fikir semua tu... korang pulak camne?