Friday 7 April 2017

Sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian yang diberikan oleh Allah swt?

Hari ni aku nak share something yang menarik yang patuy kita renungi dan hayati....

Mari kita selami sejauh manakah penerimaan kita terhadap ujian Allah dengan membaca kisah di bawah:

'Ada seorang hamba Allah, dilahirkan dalam suasana keluarga yang harmoni dan bahagia.. dia juga dikurniakan kebijaksanaan yang baik... pada suatu hari, Allah swt hendak melihat sejauh mana kekuatan dia dengan menguji hamba ini dengan ujian yang paling berat, diambil nyawa ibunya seawal usianya baru sahaja mencecah 10 tahun.. lalu, apa yang hamba Allah ini lakukan? Adakah dia memarahi Allah kerana telah mengambil ibunya? Tidak.. sebaliknya dia redha kerana dia tahu setiap yang hidup pasti akan mati dan dunia ini hanyalah sementara... lalu dia menganggap ujian ini sebagai salah satu cara Allah hendak menunjuk kasih sayangNya... apabila Allah melihat hambaNya ini begitu tabah dalam ujian yang diberi, Allah memberi kesenangan kepadanya dengan memberikan keputusan yang cemerlang dan ditawarkan ke salah sebuah sekolah yang terulung di malaysia.. hamba ini meneruskan kehidupannya seperti biasa.. lalu Allah swt hendak melihat lagi sejauh manakah ketabahan hambaNya ini dengan memberi ujian sekali lagi kepadanya, diambil pula nyawa ayahnya tatkala dia sedang menduduki ujian SPM, ujian yang menentukan hala tuju hidupnya.. pasti terasa sedikit goyah apabila orang yang paling kita sayangi dan yang sentiasa memberi semangat kepada kita tiba-tiba dijemput Illahi tatkala kita amat memerlukan dia.. bagaimanakah penerimaan hamba Allah ini? Adakah dia masih kuat? Benar, dia masih kuat dan masih mampu menerima ujian daripada Allah swt.. walaupun dia dipaksa menjadi matang daripada usianya dan dia dipaksa menjadi 'ayah' dan 'ibu' untuk adik-adiknya, dia tidak sedikit pun mempersoalkan apa yang diberi padanya... dan Allah swt pun memberi kesenangan kepadanya dengan dilimpahkan rezeki ke atas keluarganya.. sehinggalah saat dia berumur 21 tahun, Allah sekali lagi menguji dirinya.. sedang dia sibuk bekerja, dia merasakan ada yang tidak kena pada dirinya lalu dia membuat pemeriksaan kesihatan... dan keputusannya mengejutkan, dia mengalami masalah di bahagian jantungnya yang memaksa dia dirujuk ke pakar jantung... dalam hatinya penuh dengan persoalan, bagaimanakah dia boleh mengalami masalah tersebut sedangkan dia sangat menjaga pemakanannya? Adakah ini ujian daripada Allah swt?' Kalian rasa, adakah hamba ini mula goyah dan mula menyalahkan Allah? Jawapannya biarlah kalian sahaja yang berikan...

Persoalan di sini, bagaimanakah penerimaan hamba ini terhadap ujian yang diberi oleh Allah? Adakah dia sentiasa menyalahkan takdir ataupun dia menerima ujian tersebut? Bagaimanakah dengan anda? Sekiranya anda berada di tempat hamba ini, bagaimanakah reaksi anda? Menyalahkan takdir atau menerima takdir?

Fikirkanlah....

Friday 24 March 2017

Entri hidup ke-1

Assalammualaikum wbt....

Sudah lama aku tidak menjenguk dan meloret-loret idea dan pengalaman-pengalaman aku... sering kali apabila hati terdetik hendak meng'update' blog aku ini, minda sering memberi alasan terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan segala perkara yang baik dikongsi lenyap ditelan masa.. dan hari ini aku mengagahkan diri mencuri masa untuk meloret segala-galanya dalam blog ini...

Kadang-kadang aku selalu terfikir, mengapa manusia selalu tidak puas hati dengan apa yang dicapai oleh seseorang? Sering kali mereka mencemuh dan cuba mencari kekurangan atau keburukan seseorang di sebalik kejayaan mereka.. bukannya perkara ini kadang-kadang berlaku, ia sepertinya sudah menjadi tabiat dan lumrah dalam diri manusia... lebih kejam lagi, ada yang menggunakan cara halus hanya disebabkan mereka cemburukan kejayaan seseorang... tidakkah mereka ingat bahawa Allah swt telah berpesan bahawa Dia akan memberikan kejayaan kepada hambaNya yang selalu berusaha... sepatutnya mereka merenung dan mengambil pengajaran daripada ayat-ayat al-quran... tetapi, itulah manusia... lupa akan penciptanya melainkan apabila mereka berada dalam kesedihan dan juga kesusahan...

Sampai sini sahaja coretan yang mampu aku keluarkan daripada minda aku... in shaa Allah aku akan cuba untuk update selalu... terima kasih bagi yang sudi menyinggah 😊