aku mula mendaftar di uitm pulau pinang pada 1.6.2014. mungkin ramai tertanya, mengapa pilih uitm? mengapa tidak universiti lain seperti ukm, um ataupun usm? sebenarnya, memang sengaja aku memilih uitm sebagai pilihanku kerana aku ingin mereka di luar sana tahu bahawa status universiti tidak menjaminkan kejayaan seseorang. aku mengambil kursus teknologi makmal perubatan, satu bidang yang ramai masyarakat tidak mengetahui. kehidupan di sini agak seronok memandangkan aku dapat merantau dari pahang ke pulau pnang ini. aku juga telah berjumpa dengan ramai kawan baru yang sama hobi, sama minat dan juga sama perangai. di sini, aku amat aktif dalam aktiviti kebudayaan iaitu tarian. ya, tarian. sebenarnya, pada awalnya aku ingin menceburi dalam bidang teater memandangkan aku merupakan ketua kelab teater di sekolah dulu tetapi atas desakam kawan aku dan juga perasaan ini mencuba sesuatu yang baru, aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam tarian. memang pasukan tarian kami sangat aktif kerana hampir setiap minggu kami akan melakukan persembahan untuk sesuatu acara mahupun majlis rasmi. kadang-kadang, kami akan memenuhi jemputan daripada pihak luar.
ini merupakan pasukan tarian kami dan gambar ini diambil selepas persembahan yang pertama untuk semester ini |
No comments:
Post a Comment